

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK (PPA)
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang





PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Pusat Pembangunan Akademik (PPA) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ditubuhkan pada awal tahun 2013. Pusat ini diterajui oleh seorang Setiausaha Akademik serta seorang Penolong Setiausaha Akademik. Pusat ini yang memilih slogan, “Membentuk Acuan, Membina Masa Depan” berhasrat untuk membentuk dan memberi pengisian dan pengalaman secukupnya kepada pelajar guru agar menguasai bidang yang diceburi dan mampu menangani cabaran-cabaran masa hadapan.
Tujuan utama pembentukan pusat ini adalah untuk membantu Institut Pendidikan Guru dalam pengurusan dan penyelarasan bidang akademik yang kian berkembang dengan pesat. Selain itu, penubuhan pusat ini juga akan dapat membantu Jawatankuasa Pembangunan Akademik IPGM melaksanakan fungsinya dalam hal-hal yang berkaitan akademik dengan lebih efektif dan berkesan. Pusat Pembangunan Akademik juga terlibat dalam pengurusan dan penyelarasan latihan pedagogi kepada guru dalam perkhidmatan serta pihak luar yang memerlukan. Dalam waktu yang sama, PPA menggalak, mengurus dan menyelaras kegiatan penyelidikan para pensyarah terhadap keberkesanan dan perkembangan akademik di IPG.
FUNGSI
Pusat Pembangunan Akademik berfungsi untuk memastikan:
-
pelaksanaan dasar dan hala tuju kurikulum dan pentadbiran IPG seperti yang telah ditetapkan oleh Senat;
-
pembangunan dan pengurusan akademik latihan perguruan mematuhi keperluan dan piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualification Agency (MQA);
-
proses perancangan, penggubalan dan pemurnian item pentaksiran dan dokumen pentaksiran latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik, professional dan berkesan mengikut keperluan institut-institut pendidikan guru;
-
proses kualiti di bawah PT-04, PT-05 dan PT-06 memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam MS ISO, MQA, SSR dan lain-lain.
-
pengurusan dan penyelarasan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan kurikulum dan pentaksiran;
-
perancangan, pengurusan dan penyelarasan hal ehwal pengurusetiaan Jawatankuasa Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang;
-
proses perancangan, penggubalan dan pemurnian kurikulum latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik mengikut keperluan prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) atas arahan Senat Institut-Institut Pendidikan Guru.
-
perancangan, pengurusan dan penyelarasan latihan pedagogi untuk guru dalam perkhidmatan dan pihak luar yang memerlukan.
-
Menggalak, mengurus dan menyelaras kegiatan penyelidikan para pensyarah berkaitan perkembangan akademik di IPG.